Sunday, May 24, 2009

Cinta Datang lagi...
Hari sudah menunjukkan pukul 2.30 petang ketika Huda tiba di Negeri Hang Tuah setelah 15 tahun meninggalkan bumi Melaka. Huda macam rusa masuk kampung sebaik turun daripada perut bas yang membawanya dari bandar Temerloh . Berubah sungguh getus hatinya! Perhentian bas telah bertukar dari Jalan Hang Tuah ke Peringgit Sentral, Dulunya Peringgit hanya sebuah kampung di pinggir bandar tapi proses urbanisasi telah menukarnya menjadi kawasan yang sesak dan padat. Zura, rakan baiknya di SK Bandar Temerloh telah memaklumkannya sebelum bertolak ke bumi Melaka perubahan pesat di negeri kecil yang amat di rinduinya..."Dek, nak teksi?""Pergi Hotel Naza berapa?"sepuluh"Pemandu teksi itu pantas membimbit beg huda yang sederhana besar ke arah teksinya. Huda menurut sahaja pemandu teksi tersebut."Kali pertama datang, dik?""Dulu saya belajar kat sini.. MPPM. Tapi dah 15 tahun tak datang ..sejak bertugas di negeri sendiri""Oooooo....""Berubah sungguh ya...""Ini jam Melaka dah maju benar , cikgu..macam Kuala Lumpor. Jem sana -sini".Teksi membelok ke jalan Tun Ali dan masuk semua ke jalan Hang Tuah. Lalu berhenti di hadapan Hotel Naza."Dah sampai, ya. Dekat je... ""Dekat-dekat pun cikgu, tak larat nak jalan kaki!"Huda ketawa. Pemandu teksi itu pun turut tertawa. Di lobi hotel Huda di sambut oleh gadis urus setia Seminar dengan salam dan selamat datang .Secara rawak Huda melihat 2 orang lelaki di sebelah gadis comel yang menyapnya tadi. Huda terlalu letih untuk menoleh kepada lelaki-lelaki tersebut yang barangkali urus setia yang bertanggung jawab terhadap proses pendaftaran peserta seminar. Huda yang kepenatan terus mendaftar lalu mengambil kunci bilik . Dia hanya membayangkan kesegaran pancuran hotel dan katil yang empuk. Dia perlu rehat sebelum sesi taklimat dan "ice Breaking" jam 8 malam di Dewan Melati. ........

Jam menunjukkan jam 6.30 petang. Bau enak makanan di dewan makan hotel yang merangsangkan nafsu makan Huda yang sedang menuruni tangga. Huda kini ditemani Nurul yang sebilik dengannya. Nurul yang bertubuh gempal tetapi comel itu seolah ingin melompat turun dari tangga dek mendengarkan bunyi sudu dan garfu berlaga di dewan makan...

"Cepat, Huda ..nanti licin lauk!"

Huda hanya menyambutnya dengan senyuman dan langkah yang makin pantas. Tuhan sahaja yang tahu betapa laparnya dia.

Suasana di Dewan melati, hinggar- binggar dengan suara peserta dan salam perkenalan barangkali dalam kalangan peserta kursus tiga hari itu. Hana yang kekenyangan sedang menconteng sesuatu dikertas edaran yang terdapat dalam fail yang diedarkan semasa sesi pendaftaran siang tadi.

"Assalamualaikum"
"Cikgu dari daerah mana?"
"waalaikumsalam" Hana sedikit terperanjat oleh sapaan itu.
"Saya dari Pahang. Temerloh".
"Saya dari Masjid Tanah. Orang tempatan" lelaki itu memperkenalkan diri tanpa diminta.
"Emm.. saya Najib. Najib bin Ibrahim. Cikgu ?"
"Saya Hana. Nurul Hana bt Mansur," balas Hana sambil tersenyum manis.
Tiba-tiba telefon bimbit Najib berbunyi.
Najib memandang Nurul,"Maafkan saya. Sebentar, ya". Najib bergerak keluar dewan.
"Silakan"
Nurul menghela nafas lega. Dari tadi dia berharap agar perbualan itu lekas berhenti. Dia tidak selesa berbual dengan lelaki yang menyapanya sebentar tadi. Jauh dari sudut hatinya dia berdoa agar tiada lagi perbualan dengan lelaki itu malah mana-mana lelaki pun. Sesi "ice Breaking" berakhir hampir jam 11 malam. Nurul, Huda dan mungkin semua peserta hanya membayangkan tilam yang empuk. Letih, lesu dan tepu itulah perasaannya kini.

Jeritan Huda mengejutkan Nurul yang bersedang lena diulit mimpi.
" Makkkkkk...dah pukul 7 ! ", Huda macam orang nampak hantu sahaja . Tidak sampai 3 minit Huda sudah berada di hadapannya.
"Mandi ke tak?"
Huda hanya tersenyum. Dia pantas mencapai telekung untuk mengerjakan solat subuh "gajah" pagi itu. Meminjam kata-kata ibunya yang bererti solat subuh ketika matahari mula mencerah.
Nurul mencapai tuala lalu melangkah lesu ke bilik air yang hanya 3 langkah dari katilnya. Dia tidak perlu tergesa-gesa kerana dia "uzur", sesi pagi ini pun bermula jam 8, dan masa masih cukup baginya.

Tut....tut......tut...... telefon bilik berbunyi.
"Hell0", jawab Huda. Nurul masih bermalas-malas dibilik mandi.
"waalaikumsalam"
"Ya, siapa ni?"
"Ok. Insyallah" Nurul meletakkan ganggang telefon sambil memandang ke arah bilik mandi dan Nurul masih belum selesai. Nurul tersenyum sendiri kerana seolah dapat mencium sesuatu yang menarik sepanjang kursus di Bumi Hang Tuah ini dan rakan sebiliknya, Huda rakan sebiliknya yang pendiam tetapi manis ini adalah watak utama. Menarik.

"Siapa telefon? Pihak hotel atau JPK ?"

"Dua-dua pun salan tapi seseorang yang menyampaikan salam buat gadis bernama Nurul Huda"
"Siapa? Maksudnya kita berdua?" Huda Kehairanan.
Nurul tersenyum sambil melipat telekung dan sejadah yang baru digunakan.

"Bukan KITA ". Nurul mengerakkan jari telunjuknya ke kiri dan kanan beberapa kali ... Tapi Nurul Huda binti Mansurrrrrrrrrrrrr !" kata Nurul sambil ketawa dan sedikit menjerit.

Tut....tut.....tut...........
Telefon berbunyi lagi. Keduanya terdiam dan berpandangan...............................